Kerja Kosong Online

Kerja kosong online di Malaysia 2014. Dapatkan tips mencari kerja kosong kerajaan dan kerja kosong swasta.

Tips Mencari Kerja Kosong Online

http://smulean.blogspot.com/2014/04/tips-mencari-kerja-kosong-online.html

Tips Mencari

Kerja Kosong

Secara Online
.

Anda mungkin sahaja seorang graduan yang mempunyai lulusan diploma, ijazah atau pelajar lepasan SPM.

Apapun kelulusan yang ada sekarang, pasti anda mahu mempunyai kerjaya anda sendiri dan mencari kerja kosong bukanlah satu hal yang mudah.
Namun, anda tidak perlu risau kerana hari ini terdapat banyak portal, blog atau laman web yang menyediakan banyak informasi terkini berkaitan dengan kekosongan jawatan samada dalam sektor kerajaan atau swasta. Dalam artikel ini, kita akan berkongsi dengan anda tips untuk mencari kerja kosong melalui internet.

Tips 1 : Menyertai mana-mana subscribing.
Jika anda melawat mana-mana blog yang menyediakan informasi tentang jawatan kosong, lihat samada blog tersebut ada menyediakan fungsi RSS. Jika ada, langgan post mereka dengan menggunakan emel utama anda. Ini kerana, sekiranya blog tersebut membuat posting terbaru tentang mana-mana kekosongan jawatan, maka anda akan mendapat update terbaru dengan lebih mudah dan cepat.

Tips 2 : Like fanpage jawatan kosong.
Tidak di nafikan bahawa di laman web facebook, terdapat banyak fanpage yang menyediakan ruang untuk berkongsi kekosongan jawatan di sector masing-masing. Anda boleh mencari mana-mana fanpage berkaitan dengan menggunakan keyword seperti “facebook: jawatan kosong” .

Tips 3 : Portal pengiklanan percuma .
Hari ini, laman web yang bercirikan pengiklanan percuma juga tumbuh dengan semakin banyak dan ini akan membantu mana-mana syarikat untuk mengiklankan jawatan kosong di syarikat masing-masing di laman web seperti ini. Sebagai contoh, laman mudah ada menyediakan ruang khusus untuk pengiklanan jawatan mengikut negeri-negeri yang berada di seluruh Malaysia. Antara portal jawatan kosong di Malaysia ialah http://jawatankosongonline.net/

Tips 4 : Menyertai forum
Forum juga merupakan satu medan untuk ramai orang berkumpul untuk membincangkan banyak hal dan ada juga di antara mereka membincangkan topik kerjaya dan peluang pekerjaan. Anda juga boleh menyertai mana-mana forum untuk mencari iklan kerja.

Tips 5 : Menyertai group kerjaya
Ada juga sesetengah syatikat atau badan kerajaan mewujudkan group mereka sendiri di facebook. Anda boleh bertanyakan kepda ahli group jika mereka tahu akan kewujudan jawatan kosong di tempat masing-masing. Itu sahaja antara tips mudah untuk anda ikuti bagi mencari kerja kosong melalui internet. Semoga semua tips ini bermanfaat dan membantu anda untuk mencari peluang kerjaya di luar sana.
Copyright © 2014 Kerja Kosong Online